Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

ISBN: 9789672459125
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik."

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
80%
(4)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Q
Qlh
Menarik!

Novel yang sangat menarik dan banyak bermain dengan emosi pembaca, rasa sedih, geram, sakit hati dan keliru. Jalan cerita yang sangat tersusun dan banyak mengangkat isu berkenan penyakit mental dan jenayah pedo. Banyak juga saya ternganga waktu baca sebab jalan cerita yang tak boleh diramal! Oh ya, ada sedikit babak yang boleh buat anda tersengih sorang sorang juga tau lagi lagi di pengakhiran cerita hehe.

Sangat disyorkan untuk beli dan baca! Terima kasih dan tahniah penulis kerana menghasilkan buku ini!

A
Asraff Termizi
Menarik

sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca.mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal yang memperjuang nasibnya dalam menukarkar takdir.

R
Rehan
Novel yang menarik

Sehelai nota di masa lalu telah menyedarkan Mawaddah untuk diselesaikan. Apa yang Mawaddah perlu lakukan? Agak menarik cerita ini.

N
Nurul farezza
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

s
sitinurkhadijahjaafar
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

Sebuah novel yang mengisahkan perjalanan hidup Mawaddah Ilmi menempah onak dan duri kehidupan. Penulis berjaya menulis sebuah karya yang membuat pembaca tersentuh dan merasa dekat dengan watak Mawaddah. Buku yang sesuai dibaca untuk mereka yang sedang jatuh dan ingin kembali bangkit meneruskan kehidupan. Jalan cerita yang menarik dan tidak cliche serta penyusunan plot yang tersusun membuat pembaca melekat terus dengan buku. Terbaik.