Mejar Adam Harith: Lautan Pemisah Cita-cita & Cinta
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
"Naura, saya minta maaf. Saya perlu pergi...."
"Saya faham. Kerja askar bukan macam orang awam."
"This is a promise ring, Naura. Bila saya balik, saya akan tunaikan janji.”
Mejar Adam Harith terikat dengan tanggungjawab menjaga perairan negara yang menuntut segala-galanya. Antara negara dan cinta, dia pasti memilih negara. Sehinggalah dia bertemu dengan Naura Airis, seorang wanita tegas yang bercita-cita tinggi.
Daripada cinta pandang pertama, hubungan mereka terus mekar. Tetapi cinta seorang pejuang tanah air tidak mudah. Apabila dipanggil berkhidmat jauh di perairan seberang, Adam menghadiahi Naura sebentuk cincin dan sekuat-kuat janji.
Namun, saat hubungan mereka diuji dengan jarak; muncul orang ketiga yang tekad ingin merampas Adam. Kerana fitnah dan salah faham, Naura membuat satu keputusan drastik.
"Naura, sanggup awak buat macam ni. Apa salah saya?"
"Saya sayang awak, Adam. Tapi saya perlu lepaskan awak."
Di hujung kisah mereka yang bergelora, adakah Adam Harith tegar menunaikan janjinya untuk mengahwini Naura Airis, atau tewas dengan gelombang salah faham yang tak henti?