Mek Siah

ISBN: 9789674062781
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,KarnaDya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa MEK SIAH. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahankan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya.

Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

"Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" - HANUM

Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah

"Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena 'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." - HAJI LAMIN.

Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!

Customer Reviews

Based on 4 reviews
50%
(2)
50%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
Wan
recommended

Sebuah cerita seram yang tipikal. Namun masih dapat dirasakan keseramannya ketika membaca novel ini pada waktu malam. Keadaan Mek Siah yang seperti bangkai bernyawa telah dikatakan mempunyai saka dan jasadnya telah dihuni oleh makhluk lain.

N
NUR SYAHED JANNA BINTI TARMIZI
Pengajaran

Satu hari aku baca buku ni. Sebab nak tau sangat pasal mek siah. Bila hidup tak ada pegangan agama, semua ko redah. Mek siah ni ingat hidup ni menongkat langit. Aku kagum dengan menantu dia yang sangup jaga mek siah. Anak lelaki yang still sayangkan mek siah. Walaupun orang cakap bermacam². Memang menarik kisah mek siah ni. Tak rugi kalau korang beli dan baca. Penulisan dari penulis pun menarik dan mudah difahami tak berbelit² walaupun ada flashback.

A
Amy ezaty
Nek siah

Sebuah novel seram yang menarik. Penyampain yang sangat tenang dan santai. Bacaan yang ringan dan mudah difahami. Penggunaan bahasa yang sesuai dan watak-watak yang wujud tepat dengn gaya penceritaan.

s
sitinurkhadijahjaafar
Mek Siah

Sebuah novel seram yang mengisahkan tentang Mek Siah yang terlantar sakit nazak tetapi masih bernyawa. Dek kerana dosa lama yang menyekutukan Allah, pendamping tidak mahu berpisah dengan mek siah. Buku ini memang dekat dengan masyarakat melayu yang masih ada segelintir mengamalkannya. Penulis menekankan betapa teruknya melanggar perintah dan suruhan Allah. Ditambah dengan perbuatan menyekutukan Allah antara dosa yang tidak diampunkan Allah SWT kecuali bertaubat yang bersungguh sungguh. Berbaloi beli buku ini sebab membuka mata pembaca bahawa amalan yang disangka biasa dalam masyarakat sebenarnya sangat teruk di sisi Allah SWT.