Melayu Menjadi Minoriti dalam Majoriti
Publisher,Utusan Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini merupakan koleksi artikel Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia. Persoalan pokok yang dibahaskan meliputi masalah dan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu (Islam) untuk memastikan hak, identiti dan jati diri mereka terjamin dan tidak tenggelam ditelan zaman. Logiknya, bangsa majoriti akan mendominasi pembinaan negara bangsa sesebuah negara. Malangnya, perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Bangsa Melayu, walaupun majoriti dan mempunyai kuasa, tetapi nampak seolah-olah menjadi minoriti.
Realiti yang ada, kita terlalu banyak memberi daripada menerima, hanya untuk mendapat simpati undi dan mengekalkan kuasa. Benar, kuasa diperoleh. Persoalannya, adakah hak dan jati diri terjaga dan dihormati? Kenapa perkara ini boleh berlaku? Buku ini juga menjawab persoalan tersebut. Buku ini bertujuan untuk merangsang kita berfikir dan merenung sejenak nasib agama Islam dan anak bangsa yang sudah terjamin haknya dalam perlembagaan, pada masa akan datang. Mungkin kita tidak nampak masa depannya pada masa kini kerana kita yang mencorakkannya hari ini. Namun, perkara ini pasti akan dapat dilihat apabila tiba masanya nanti. Sama ada apa yang kita lakukan hari ini akan dihargai atau sebalinya, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Kebimbangan saya, jika kita tidak berhati-hati, suatu masa nanti kita akan dikutuk oleh anak cucu-cicit kita.