Membongkar Kebiadaban Alfonso De Albuquerque Cuba Mencuri Jasad Rasulullah

ISBN: 9789672278658
Checking local availability
RM38.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Record Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 519 g
No. of Pages, 269

Sesungguhnya kedatangan Alfonso De Albuquerque dan penjajah-penjajah Eropah yang lain ke Nusantara ini bukanlah secara kebetulan atau atas faktor perdagangan rempah semata-mata. Ia mempunyai kaitan dengan dendam Gereja Katholik di Vatican terhadap kejatuhan Konstantinopel di tangan Daulah Uthmaniyyah pada 1453 Masehi.

Gereja telah mencantumkan kerajaan Castilian dan Aragon bagi membolehkan mereka menghancurkan Granada pada 1492 Masehi. Pada tanggal 7 Jun 1494 Masehi, Paus Alexander VI telah mengadakan Perjanjian Tordesilas yang memberi hak kepada Portugis untuk menjelajah kawasan Timur dalam menjayakan agenda 3G (Gospel, Glory dan Gold), atau dalam erti kata lain untuk menghancurkan Daulah Islam, khususnya Daulah Uthmaniyyah. Pada tahun 1488 Mesehi, Bartholomew Diaz telah tiba di Tanjung Harapan, sebelum Vasco Da Gamma sampai di Kalikat, India pada tahun 1498.

Seorang pengkaji, Rene Abrecht-Carrie mengatakan, sebenarnya sehingga abad ke-16 Masehi, orang Eropah masih primitif dan kelam kabut mengenai geografi dan pelayaran. Tetapi kerana rancangan untuk menghancurkan kuasa politik Islam mereka belayar ke Timur dan menjajah Melaka. Serangan ke atas Melaka ini adalah hanyalah atas alasan menuntut pembebasan perisik mereka, Riu Aroujo bersama 20 anak kapal yang lain.

Di mana-mana tempat yang beliau singgah, Alfonso De Albuquerque telah memperlakukan penduduk peribumi dengan cara yang amat licik dan terancang. Di antara cara-caranya untuk menguasai negeri-negeri Islam adalah dengan bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengadu domba umat Islam, kemudian membuat raja-raja mereka meminta bantuannya agar melindungi kepentingan penguasa setempat. Sasarannya adalah laut-laut strategik di Jazirah Arab untuk menguasai perdagangan Muslimin, lalu Lautan Hindi menjadi sebahagian dari kerajaan Portugis dan Nusantara sebagai penghasil rempah-rempah yang harganya senilai emas di Eropah.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)