Membongkar Konspirasi Dajjal Illuminati Terbesar Akhir Zaman: Firaun dan Namrud masih hidup

ISBN: 9789672278696
Checking local availability
RM37.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Record Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 510 g
No. of Pages, 227

Bukankah mereka sudah mati ribuan tahun yang lalu? Frasa ini adalah hakikat untuk menyatakan bahawa segala perancangan Firaun dan Namrud sudah pun subur mekar dalam kehidupan sekarang kerana dikembangbiakkan oleh anak cucu mereka. Setiap aspek kehidupan kita sekarang sudah pun dikuasai oleh Firaun dan Namrud. Sebenarnya Firaun dan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agenda mereka telah diteruskan oleh cucu-cicit keturunan mereka yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati. Keturunan Namrud dan Firaun sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang.


Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockfeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.


Manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik, kemudian mengaku sebagai Tuhan pula ialah Namrud. Lepas itu, Firaun pula berbuat demikian. Manakala kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud di Babylon. Kemudian kerajaan Firaun. Namrud ialah manusia pertama yang memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat masyhur dalam sejarah, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Firaun pula telah membina piramid, sphinx, istana-istana dan lain-lain lagi.


Keinginan Namrud dan Firaun ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order. Sesungguhnya, memang sukar untuk menghindarkan diri dari Illuminati kerana semua sektor di dunia ini telah dikawal oleh mereka. semua bank di dunia ini milik mereka. Seluruh dunia ini milik mereka. Seluruh dunia sudah dikuasai oleh mereka. Jadi, memang sukar untuk melarikan diri dari mereka.