Membongkar Rahsia Kiamat: Antara Persepsi Sains dan Realiti Firman

ISBN: 9789675391910
Checking local availability
RM39.90
Product Details

Publisher,HIJJAZ PUBLISHING
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku ini membicarakan tentang kiamat daripada dua aspek yang berbeza, iaitu persepsi yang dikemukakan oleh sains dan realiti yang bersumberkan firman Allah SWT serta sabda Rasulullah SAW. Teori-teori dalam fizik, pandangan sains mengenai kiamat, evolusi bintang dan sebagainya turut dihimpunkan bagi memperlihatkan keluasan pemikiran tentang hakikat kiamat yang mengelilingi kehidupan manusia.


Dari sudut realiti, firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW menjadi sandaran utama. Bagi penulis, menginsafi betapa dekatnya hari akhirat dan peristiwa kiamat adalah sama pentingnya dengan mengetahui gambaran huru-hara serta kedahsyatan yang telah dijelaskan oleh Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT memberi peringatan keras kepada golongan yang lalai terhadap hampirnya hari kiamat dan peristiwa-peristiwa yang mengiringinya. Rasulullah SAW pula telah memperingatkan umat tentang kepastian dan kedekatannya.


Dalam sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Ketika turun ayat, ‘Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat’. Rasulullah SAW naik ke Bukit Safa lalu berseru: ‘Wahai Bani Fahr! Wahai Bani ‘Adiy!’ Seruan itu ditujukan kepada seluruh suku Quraisy sehingga mereka berkumpul. Bagi yang tidak dapat hadir, baginda mengutus wakil untuk memanggil mereka. Lalu mereka bertanya: ‘Ada apa denganmu?’ Baginda bersabda: ‘Apa pendapat kamu jika aku khabarkan bahawa di lembah ini ada pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, apakah kamu akan mempercayaiku?’ Mereka menjawab: ‘Ya, kami percaya, kerana kami tidak pernah melihat engkau berdusta.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Sesungguhnya, aku adalah pemberi peringatan kepada kamu tentang azab yang sangat pedih di hadapan kamu’.”


Ucapan baginda ‘di hadapan kamu’ menggambarkan betapa dekatnya hari kiamat dan hampirnya hisab (perhitungan). Hakikat ini sering terlepas daripada perhatian manusia pada masa kini. Allah SWT berfirman: “Telah dekat kepada manusia hari hisab mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan berpaling daripadanya.” (surah al-Anbiyaa: 1)