Memburu Keratan Dosa

ISBN: 9786299491804
Checking local availability
RM37.00
Product Details

Publisher,Mangosteeen Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 374

"Akan ada lebih ramai lagi yang akan jadi mangsa kalau kau tak hapuskan mereka sekarang! Kau cuma perlu ingat perbuatan jahat mereka."

Satu panggilan berkisar penemuan sebuah kotak hitam yang diikat reben merah telah membawa pasukan Inspektor Rahil ke sebuah taman permainan. Suasana yang biasanya riuh dengan suara kanak-kanak bertukar menjadi sepi.

"Mana pergi anggota badannya yang lain...." - Inspektor Rahil

Mata Freda terbuntang sebaik sahaja beberapa keping gambar mengerikan berada dalam genggamannya. Dia memerhati setiap foto dengan teliti. Bulu roma mula merinding. Dia cam lokasi jenayah yang terpapar!

"Penemuan Tangan dan Kaki Dikerat, Polis Masih Jalankan Siasatan Cari Lebihan Mayat." - Freda Annayla

Mengapa anggota badan mangsa dikerat-kerat dan diletakkan di dalam kotak yang cantik? Mengapa bahagian yang tidak bernyawa itu dipamerkan di taman permainan dan bukan di masjid atau tandas?

"Sampai bila mayat ni perlu terseksa agaknya?"