Memoir Abdullah CD [Bahagian Ketiga] : Perjuangan di Sempadan dan Perdamaian Terhormat

ISBN: 9789672464921
Checking local availability
RM48.00
Product Details

Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages,

Memoir Abdullah CD: Perjuangan di Kawasan Sempadan sehingga Perdamaian Terhormat ialah jilid ketiga dan terakhir siri memoir Abdullah CD. Buku ini menunjukkan pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, sebahagian pasukan bersenjata dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata secara tidak berprinsip. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh. Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah baru yang gagal tercipta dalam Rundingan Baling pada 1955. Sejarah ini ialah wujudnya perdamaian yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian secara terhormat tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand-Malaysia sehingga ke hari ini.

 

 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)