Memoir Abdullah CD [Bahagian Pertama] : Zaman Pergerakan Sehingga 1948

ISBN: 9789672464907
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 435 g
No. of Pages, 272

Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan sehingga 1948 ialah sebuah karya yang dihasilkan oleh salah seorang tokoh besar pejuang kemerdekaan. Ia ditulis dari perspektif beliau yang menceburkan diri dalam perjuangan ini sejak sebelum Perang Dunia Kedua dan seterusnya. Buku ini mengisahkan keluarga dan kampung halaman beliau di Perak, zaman persekolahan dan penglibatan dalam politik sebelum Perang, pendudukan Jepun dan hubungan antara kaum yang tegang selepas itu serta bagaimana beliau terlibat mendamaikan konflik yang berlaku. Zaman selepas Perang. memang bergolak dengan gerakan anti-penjajah untuk kemerdekaan yang semakin bergelora. Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Oktober 1946 dan gerakan-gerakan kiri lain seperti gerakan buruh, tani, pemuda dan wanita menyemarakkan api perjuangan untuk kemerdekaan. Peranan penulis dalam gerakan-gerakan ini sehingga meletusnya Darurat pada Jun 1948 dikisahkan dengan cermat. Diharapkan buku ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita dan mengisi ruang-ruang sejarah yang dipinggirkan sebelum ini. Diharap ia dapat membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir dan melihat daripada perspektif yang berlainan, dan membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang anti-penjajah yang berada dalam wadah kiri termasuk di dalam Parti Komunis Malaya.





Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)