Memoir New Zealand

ISBN: 9789672674979
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Fuadzail Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 231

Bulan Januari 1985 adalah tarikh keramat. Hijrah! Kali ini ianya bukan setakat hijrah dari kampung ke bandar, bukan berpisah dengan yang tersayang untuk sebulan dua dan bukan juga hanya menaiki kenderaan darat. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menaiki pesawat merentas benua. Bagaimana mungkin anak kampung yang langsung tidak mahir berbahasa Inggeris ini mampu untuk terbang ke negara yang bahasa ibundanya bukanlah Bahasa Melayu, beribu kilometer ke selatan dunia dan mesti meninggalkan ibubapa, adik beradik tersayang bertahun-tahun lamanya. Sepanjang penerbangan, saya seakan tak percaya yang kami benar-benar dalam perjalanan ke luar negeri. Beberapa kali bertanya kepada Aziz yang duduk di sebelah, "Betul ke ni? Kita nak ke New Zealand?" Macam mimpi saja, bila-bila masa akan kembali ke realiti. Pertama kali naik pesawat dan pertama kali keluar negara. 4.1>  Zaman bergelar pelajar inilah masa untuk kita menimba pelbagai pengalaman dan merasai asam garam kehidupan. Namun hakikat sebenarnya kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Sebagai pelajar tajaan, hidup di luar negara bukan sekadar untuk bersuka-ria. Tapi kita sebenarnya memikul amanat rakyat Malaysia. Di samping itu kita bukan sahaja membawa nama baik penaja dan keluarga, kita juga adalah duta kepada bangsa, negara dan agama. 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)