Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian (Cetakan Baru)
Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 121
Shelf: Mutiara Minda / Bacaan Umum / Biografi & Memoir
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun (1941-45), saya bergerak melawan pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, saya tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah saya berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib saya, Abdullah CD. Pada Disember 1955, saya terlibat bersama Chin Peng dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, saya menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu.
Saya berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang saya ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Saya percaya ia berguna untuk melengkapkan sejarah tanah air. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit dan semua pihak yang bersusah payah membantu saya dalam menerbitkan memoir ini. Jasa anda semua tetap saya sanjung tinggi. – Rashid Maidin