Memoir Seorang Opah: Anak Cina ke Istana

ISBN: 9786299868521
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,DNI Karya Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / BIOGRAFI & MEMOIR / JURNAL & DIARI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Saya sangat meraikan penulisan begini, paparan sejarah marhaen dan sejarah dari bawah, dalam bentuk popular yang boleh menambah minat membaca dalam menghayati kisah-kisah sejarah dalam bentuknya yang paling mudah dan ringan. Semoga lebih banyak penulisan seperti ini dapat dihasilkan, sebagai pelengkap kepada kajian sejarah yang lebih mendalam dan berat, yang mungkin sukar dibaca dan difahami oleh khalayak. Biarpun ia hanya satu sketsa daripada sebuah pengalaman penulis, namun di dalam buku ini tersimpan kisah-kisah sejarah besar yang boleh memberi satu kefahaman dan penghayatan sejarah dari sudut berbeza. Semoga usaha ini tidak berhenti di sini sahaja, malah akan muncul pelbagai bentuk penulisan sejarah dalam bentuk popular yang boleh menarik minat khalayak pembaca untuk mendekati kisah-kisah sejarah yang berlaku di sekitar dan sekeliling mereka.

Dr Azmi Arifin
Bahagian Sejarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM

 

"Seorang penulis profesional adalah seorang amatur yang tidak pernah berhenti - Richard Bach" Ungkapan ini ada juga benarnya. Sebagai seorang penulis, perihal untuk mengulangi dan menyambung semula watak seseorang bukanlah perkara yang mudah. Marfuza dianggap beruntung kerana mempunyai sumber untuk menerokai pengalaman liku-liku perjalanan kehidupan neneknya untuk diterjemahkan di dalam sebuah buku. Opahnya juga tidak lokek untuk berkongsikan pengalaman dan menceritakan kisah kehidupannya yang boleh dijadikan ilmu yang bermanfaat sebagai pengajaran hidup.

Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Dato' Seri Wan Mohd Isa bin Dato Seri Haji Wan Mohd Razalli
Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama

 

Kisah-kisah yang dekat dengan hidup kita malah ibu bapa kita, sedikit sebanyak dapat dihubungkait dengan hasil tulisan ini. Walaupun dicoret dengan santai sebagai bacaan ringan, saya melihat nilai sejarah yang tinggi dalam buku Memoir Seorang Opah ini. Karya ini asalnya ialah kisah peribadi penulis yang berusaha mencantumkan lembaran kisah sejarah keluarga, namun hasilnya kini dapat dihidangkan kepada umum sebagai sebahagian rekod sejarah yang penting.

If it is not written, it will be forgotten. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada penulis. Semoga bermanfaat kepada semua yang membaca.

Saiful bin Mohd Yunus
Pembaca Sejarah