Menakhoda Zaman: Menyingkir Kelemahan, Menyahut Cabaran, Menggerak Perubahan, Membina Masa Depan (Helming the Times) (Bilingual)

ISBN: 9789830684796
Checking local availability
RM42.00
Product Details

Publisher,Institut Terjemahan Negara Malaysia
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages,

Buku ini terbit berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh YAB. Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, pada Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Mac 2009. Tema pokok ucapannya dikekalkan, tetapi bentuk teks penerbitan disesuaikan untuk kepentingan pelbagai kelompok khalayak pembaca. Ini adalah ucapan penting yang luar biasa kerana mengandungi pandangan yang merupakan muhasabah diri yang jujur, mengakui secara terus terang kelemahan-kelemahan UMNO, lantas mengemukakan pendekatan bagaimana menghadapi cabaran untuk mengekalkan tradisi besar UMNO sebagai pemimpin negara bagi pelbagai keturunan penduduknya. Beliau tidak melupakan sejarah masa silam orang Melayu, dan kegemilangan yang dicapai oleh UMNO melakukan transformasi sosial. Beliau mengingatkan tentang bahaya kejatuhan kekuasaan akibat daripada mereka yang berkuasa, tetapi tidak berhemah dan lalai menggunakan pertimbangan yang bijaksana sewaktu menyempurnakan kekuasaannya. UMNO sekarang sudah tiba pada peringkat yang kritikal itu sebagaimana beberapa parti politik besar di dunia mengalaminya sebelum tersungkur jatuh daripada kerusi pemerintahan Negara masing-masing. Pada tahap yang bersejarah ini UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan Malaysia tidak harus hilang perspektif tentang apa yang masih hadir dalam kekuasaan serta pengaruhnya, dan apa yang berada jauh di luar dirinya.

Ahli-ahli UMNO harus berfikiran jelas dan ikhlas menghadapi kenyataan sosial dan politik semasa; dan harus yakin menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya UMNO hendak terus mempertahankan kekuasaannya. Buku ini dengan ikhlas serta berani mengakui kelemahan-kelemahan besar yang dimiliki oleh parti sebagaimana yang diucapkan oleh pemimpin tertingginya. Ia memberi amaran seraya menunjuk jalan bagaimana mengelakkan parti daripada menjadi lebih lemah; tetapi terus membina keunggulan UMNO sebagai nakhoda yang bukan sekadar berpengalaman menciptakan kejayaan masa silam, tetapi berkemampuan besar memimpin kecemerlangan zaman depan . Institut Terjemahan Negara Malaysia dan MPH Bookstores Sdn. Bhd. berpendapat buku ini patut beredar di tengah-tengah khalayak yang lebih luas supaya dapat diketahui dan dibahaskan pokok pembicaraannya yang bukan sahaja berkaitan nasib sebuah parti politik yang telah enam dekad memerintah kerajaan pusat, tetapi juga masa depan seluruh rakyat Malaysia yang kini berada pada ambang dunia yang baru. Sumber dari Institut Terjemahan Negara Malaysia

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)