Mencari Keberkatan Dalam Perjalanan
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Al-Ghazali berkata, perjalanan itu ada dua. Pertama, perjalanan dengan anggota zahir iaitu bermusafir di darat, laut atau udara. Caranya dengan memutuskan manazil, yakni meninggalkan rumah. Manakala yang kedua ialah perjalanan dengan hati kepada mengenal sifat-sifat dan perbuatan-NYA.
Rihlah (perjalanan) itu pasti akan diganjari pahala yang berlipat kali ganda andai kita mematuhi segala persyaratan serta menjaga adab-adabnya. Akhir perjalanan ini pastilah untuk memperolehi syurga dan redha-NYA. Untuk itu, keberkatan perlu dicari agar matlamat tercapai tanpa dikesali.
MENCARI KEBERKATAN DALAM PERJALANAN ini berbicara bagaimana seharusnya kita bermusafir agar tidak menjadi sia-sia tanpa pahala. Juga agar ibadat kita di masjid, kunjungan kita ke Baitullah, rezeki yang dicari serta silaturahim yang dibina terhimpun menjadi saham berguna di sana.
Syurga itu idaman semua. Namun, sejauh mana kita mampu melaksanakan perkara yang melayakkan kita menjadi penghuninya?. Fikirkanlah… rihlah ini mampu menjadi jambatan menuju syurga-NYA. Hayatilah kandungannya. Moga ada manfaat yang boleh dikongsi bersama.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Konsep Musafir
Adab Perjalanan
Beribadat di Masjid
Menziarahi Kuburan
Menziarahi Orang Sakit
Mencari Rezeki Yang Halal
Berjihad Di Jalan ALLAH SWT
Perjalanan Bersilaturahim
Menunaikan Haji dan Umrah
Menuntut Ilmu Pengetahuan