Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes: Menelusuri Perjalanan Bermakna Tentang Keusahawanan Dalam Membentuk Peribadi Muslim
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 170
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Untuk mampu memberi, kita mesti sentiasa berduit. Zakat, infaq, sedekah-semua ini mengajar untuk memberi dari harta kita. Kerana itulah Islam menggalakkan kita berusaha untuk menjadi kaya- salah satu caranya adalah dengan membangunkan perniagaan.
*
Kebiasaannya, kita melihat perniagaan yang berjaya dengan mengangkat isu untung-rugi, strategi pemasaran, dan keadaan kewangan syarikat.
Namun, kita sering melupakan teras sesebuah bisnes itu sendiri iaitu ketekunan dan keteguhan untuk menjadi lebih baik setiap hari agar dapat melimpahkan kesan positif bukan saja pada pembangunan syarikat tetapi juga masyarakat sekeliling.
Inilah yang dikongsikan Dr Nur Aisyah Zainordin, pengasas IMAN dan pemilik beberapa perniagaan lain. Melalui pengalaman selama 15 tahun berbisnes, Dr Aisyah cuba menyingkap kepentingan menceburi bidang perniagaan sebagai langkah memajukan umat Islam. Secara tidak langsung, seorang usahawan akan sentiasa merasakan keperluan untuk terus bercita-cita tinggi, berdisiplin, dan mengambil berat keadaan masyarakat.
Buku Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes merakamkan tip, pengalaman dan perjalanan penulis menjadi usahawan dengan harapan lebih ramai melihat perniagaan sebagai tempat menumbuhkan diri dan memberi makna pada orang sekeliling.
Dimensi: 14.8 x 21 cm