Redha itu perlu dicari bukan hanya dinanti. Teguhkan lah hati dalam melaksanakan ibadat. Andai setiap tuntutan telah dipenuhi dan segala larangan dijauhi, di saat itu jugalah rahmat ALLAH akan turun mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita.
Mencari Redha-MU memuatkan pelbagai persoalan tentang akidah, fiqah, ibadat, akhlak, adab, kekeluargaan dan umum. Sesetengah isu yang dibangkitkan walau tampak agak remeh namun besar implikasinya dalam hubungan antara kita dengan masyarakta sekeliling dan juga hubung kait dari segi pegangan agama.