Mendam Berahi

ISBN: 9789672394396
Checking local availability
RM29.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel: Sejarah

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

 MENDAM BERAHI ialah sebuah kapal kenaikan kerajaan yang digunakan zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-16. Kapal ini berada di bawah kendalian Laksamana Hang Tuah semasa beliau mengembara ke-14 buah negara bagi menjalinkan hubungan dengan negeri asing, juga untuk membawa jemaah haji ke Mekah. Mendam Berahi panjangnya 60 gaz (180 kaki atau 54.9 meter) dan lebarnya 6 depa (36 kaki atau 11 meter). Menurut kajian Rohaidah Kamaruddin, penukaran unit yang dibentangkan dalam manuskrip Melayu lama akan menghasilkan panjang 50.292 meter dan lebar 10.972 meter. Menurut Irawan Djoko Nugroho, panjangnya ialah 50 meter dan lebarnya 12 meter, manakala Pierre-Yves Manguin pula menganggarkannya bersaiz 67 meter panjang dan 11 meter lebar. Menurui Md. Salleh Yaapar, ghali ini memiliki 3 batang tiang, 100 batang dayung dan boleh membawa 400 orang. tetapi maklumat ini hanyalah anggaran semata-mata, tidak tercatat dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Kapal ini dipersenjatai dengan 7 laras meriam. Dalam Hikayat Hang Tuah diceritakan bahawa kapal ini dibuat untuk tujuan raja Melaka meminang puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kirana. Pembinaan kapal ini mengambil masa 30-40 hari. Untuk mempercepatkan kerja, Bendahara Melaka membahagikannya kepada beberapa kumpulan: Hang Tuah mengerjakan bahagian haluan, tukang-tukang kapal dilantik untuk mengerjakan bahagian tengah, dan Bendahara mengerjakan bahagian buritan kapal. Corak hiasan direka oleh Hang Tuah, dan untuk ruang antara tiang utama dan belakang rekaan Bendahara Paduka Raja, daripada haluan hingga ke tiang utama turut direka oleh Hang Tuah, manakala Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan semua penyanyi jugz hamba diraja melakukan ukiran. Hang Tuahlah yang mencadangkan nama 'Mendam Berahi' untuk kapal ini Selepas pembinaan siap, Mendam Berahi belayar ke Majapahit, membawa surat dan hadiah bagi menyampaikan hasrat raja Melaka kepada Raja Majapahit. Pemergian Mendam Berahi bermula dengan tembakan meriam sebagai penghormatan. Apabila tiba di Majapahit, Patih Karma Wijaya dan Hang Tuah memaklumkan ada tujuh buah kapal Melaka yang datang bertujuan untuk meminang puteri raja Majapahit. Setelah urusan di Majapahit selesai, Mendam Berahi belayar pula ke Tuban selama 7 hari, dan ke Jayakarta selama 3 hari 3 malam. Mendam Berahi juga telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Inderapura, benua Keling, China dan juga Jepun. Hakikatnya, Mendam Berahi adalah lambang keagungan dan kemegahan bangsa Melayu dalam bidang pelayaran meredah lautan luas zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dahulu.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)