Mendewasa Dengan Luka: Bagaimana Masa Lalu Memberi Kesan Kepada Emosi Diri
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 254
Shelf: Mutiara Minda / Membina Diri / Motivasi
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Aku okey lagi ni. Ada orang lagi
teruk. At least, aku masih hidup.”
***
Sama ada mahu akui ataupun tidak,
kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita
masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang
dirasa.
Namun hakikatnya luka itu
sentiasa ada. Ia menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa.
Jadi bagaimanakah kita boleh move
on dengan luka masa lalu yang menghantui sehingga hari ini? Adakah kita
perlu berpatah balik masa untuk memperbetul segalanya? Atau cukupkah kita hanya
perlu berdamai saja?
Melalui buku ini, Aiman Amri
mengajak kita untuk berdepan dengan luka dan kesakitan lalu dengan cara penuh
empati, agar kita mampu berdamai dan memaafkan diri.
Kenali apa kecederaan emosi yang
pernah dialami dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehidupan kita dalam
alam dewasa.
***
“Orang yang takkan sesekali
tinggalkan kita walau seteruk mana pun kesilapan yang kita lakukan dan akan
terus bersama kita, ialah diri kita sendiri.”