Mendidik Peribadi Anak dengan Akhlak Nabi

ISBN: 9789674815271
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,PTS PUBLICATIONS
Publication Date,
Format,
Weight, 420 g
No. of Pages,

Keteladanan Rasulullah dapat dijadikan sebagai inti dan sumber pembelajaran pendidikan karakter. Ini kerana, sumber pendidikan karakter ialah berperilaku, bersikap, dan bertutur kata yang baik.

Tidak hanya itu, pendidikan karakter juga membimbing murid supaya mudah bergaul tetapi tidak melanggar norma-norma yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, juga teguh pendirian dalam berprinsip.

Bagi mencontohi karakter Nabi Muhammad, yang mula-mula harus dilakukan ialah mengenal pasti bagaimana karakter beliau.

Dengan mengenal lebih mendalam mengenai Rasulullah, maka kita akan mudah meniru dan mengaplikasikannya ke dalam diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sekurang-kurangnya, kita juga boleh menjadi teladan kepada anak didik kita, sama ada dari segi pertuturan mahupun sikap.

Di sini kita dituntut untuk membiasakan diri dan anak didik supaya bersikap dan berakhlak sesuai dengan yang diteladani daripada Rasulullah, iaitu akhlak mahmudah.

Dalam sebuah kitab Mahfuzod disebutkan, “Mansyabba ‘ala syai-in, syabba ‘alaih” yang bererti barang siapa terbiasa dengan sesuatu, maka terbiasalah ia.

Pernyataan ini apabila diterapkan dengan sains moden, tentu sangat sesuai. Kerana, ilmu psikologi menyebutkan bahawa manusia memiliki alam bawah sedar.

Dan, alam bawah sedar diciptakan kerana kebiasaan atau tabiat. Misalnya, apabila ibu bapa selalu mengumpat atau bercakap kasar, maka anak akan mengikuti dan menirunya. Itulah sebabnya ada pepatah yang mengatakan bahawa anak tidak jauh daripada orang tuanya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)