Mengapa Rasulullah Saw Tidak Mudah Sakit

ISBN: 9789673610563
Checking local availability
RM17.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin' untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan' kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik' untuk kita.  Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu' mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir.  Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)