
Mengenali Cerita Rakyat
Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi dan tidak pudar ditelan zaman. Suatu waktu dahulu, sastera Iisan, baik puisi mahupun prosa, memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Hasil-hasil sastera ini bukan sahaja dijadikan wahana untuk berhibur, malah turut dijadikan medium untuk mengasuh, mendidik, mengajar dan membentuk perilaku ahli masyarakat terutama generasi muda.
Begitu banyak nilai murni yang tertanam dalam pantun dan seloka, kisah-kisah mergastua dan penglipur lara. Selain itu, cerita-cerita ini juga turut menjadi alat kritikan sosial untuk menegur secara berhemah pihak-pihak yang bertanggungjawab agar jangan berlaku zalim dan menindas rakyat jelata.