Mengenali Enam Imam Hadith
Publisher,Firdaus Press Publication & Bookue Recources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 125
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Agama
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Setiap
daripada kita memahami bahawa hadith Rasulullah SAW merupakan sumber
pengetahuan kedua yang paling sahih, selepas Al-Quran al-Azim. Mengetahui
kepentingannya, tidak ada alasan untuk kita tidak belajar dan menyebarkan ilmu
hadith, lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa pihak dalam Islam mula tidak
memberikan keutamaan kepada pengetahuan agama seperti hadith. Segala- galanya
menjadi lebih buruk apabila terdapat kumpulan tertentu dalam agama kita yang
menyisihkan semua hadith, menuduh bukan hanya tidak sah, tetapi juga tidak
relevan.
Secara
keseluruhan, terdapat tujuh tokoh terkenal yang telah meriwayatkan banyak
hadith, dan yang pertama dalam kalangan mereka adalah Abu Hurairah, yakni
mempunyai hampir 6000 hadith diriwayatkan di bawah autoritinya.
Beliau
diikuti oleh Saidatina Aisyah, dengan lebih daripada 2200 hadith, seterusnya
Ibn Umar iaitu hampir sebanyak 2000 hadith, kemudian Ibnu Abbas dengan sekitar
1660 hadith, dan Anas ibn Malik serta Jabir ibn Abdullah yang telah meriwayatkan
lebih daripada 1000 hadith masing-masingnya. Orang terakhir yang harus juga
diberikan perhatian adalah Abu Sa'id al-Khudri yang mana telah meriwayatkan
hampir 1000 hadith di bawah autoritinya.