Mengenali Imam Asy-Syafi'i
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Buku Mengenali Imam asy-Syafi Syafi‘i, Seorang Pejuang Sunnah ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:-
Kisah Imam Syafi‘sejak beliau dilahirkan lalu membesar dalam dunia keilmuan hingga diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak dan menceritakan sedikit tentang isteri dan anak-anak beliau.
Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi‘i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah. Perilaku dan ucapan orang soleh umpama air sejuk bagi jiwa-jiwa moden yang sedang kehausan.
Bukti-bukti kemahiran Imam asy-Syafi' i dalam ilmu-ilmu keislaman, kemahiran asy-Syafi‘i dalam ilmu al-Quran, hadis dan akidah.
Penjelasan mengenai perkembangan mazhab ini, tokoh-tokoh utamanya, buku-buku rujukan muktamad dalamnya dan sebahagian daripada hukum-hukum furuk mazhab asy-Syafi Syafi‘i dalam ibadah.
Sebahagian besar perbahasan ini sebenarnya boleh dikembangkan menjadi tulisan yang lebih besar dan buku ini sengaja ditulis dengan ringkas agar mudah dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua dan menyelamatkan kita semua daripada kesusahan dunia dan Akhirat.