Mengetuk Pintu Hati
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Mengetuk Pintu Hati adalah sebuah ‘Buku Latihan' yang ringan, mudah difahami, dihayati, dan diamalkan bagi menjayakan misi kita ‘Berusaha Menjadi Baik'. Isinya menarik, ringkas, dan santai di samping penggunaan bahasa yang mudah. Insya Allah, turut menarik minat remaja dan pelajar bagi membacanya. Buku ini memuatkan ketukan-ketukan ringan yang berupa kata-kata untuk diperkatakan kepada diri kita sendiri. Secara tidak langsung, ketukan-ketukan itu bertindak sebagai ‘penukul' bagi mengetuk pintu hati kita.
Ketuklah berulang-ulang kali sehingga ia terbuka. Apabila terbuka nanti, nikmatilah hasilnya. Perlu diingat, pintu ini boleh tertutup sedikit demi sedikit sekiranya kita tidak berterusan (istiqomah) mengetuknya.