Mengharmonikan Agama Dan Falsafah

ISBN: 9780997025491
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Biblio Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Fasi al-Maqalti fi mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari’ah, im al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai ‘batu asas’ kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut.

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain – yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl

al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali.

Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu. Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih releven untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.