Mengutip Hikmah Yang Tercicir
Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 296
Al-Quran Inspirasiku. Realitinya, sehingga saat ini masih belum
wujud bagi sesuatu yang berjaya menandingi kitab suci al-Quran. Kitab
terakhir yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ini tidak
pernah dibuktikan wujud kesalahan, percanggahan mahupun
kesilapan. Malah sudah menjadi suatu kebiasaan buat orang yang
mengkaji kitab ini akan berakhir dengan kesimpulan bahawa mustahil ia
ditulis oleh manusia. Tajuk Mengutip Hikmah yang Tercicir ini berkisarkan
hidup seorang penulis yang “merasai” sendiri momen-momen al-Quran
dalam memotivasikan diri beliau sendiri.
KELEBIHAN BUKU INI:
• Sedikit sebanyak mendorong semangat kepada kita untuk lebih mengenali Allah dan
Rasul dalam kitab suci al-Quran.
• Buku ini mengandungi tafsiran terpilih beberapa ayat al-Quran yang relevan dalam
kehidupan seharian kita.
• Penulis menyampaikan pesan bahwa umat Islam perlu turut menghayati isi
kandungan yang terdapat dalam al-Quran selain dijadikan sebagai bacaan dan
hafazan.
DR. SHAHRUL IFWAT ISHAK
• D. Shahrul Ifwat Ishak merupakan pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan
Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
• Beliau telah dianugerahi biasiswa diraja Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) untuk
menyambung pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PHD).
• Selain aktif dalam bidang akademik, beliau merupakan pengasas dan penasihat
DanaBuku.com, crowdfunding untuk penerbitan buku, ahli jawatankuasa
penyelidikan dan penerbitan YDSM, ahli lembaga pengarah Maqasid Institute
Malaysia,dan Ahli Lembaga Syariah Bank al-Rajhi Malaysia.