Meniti ke Syurgaku: Travelog Penghidap Penyakit Mental

ISBN: 9789673611263
Checking local availability
RM13.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Bipolar II Disorder: adalah nama bagi salah satu penyakit mental atau penyakit jiwa.

Buku ini adalah catatan sebuah harapan bagi penulis. Beliau sudi berkongsi cerita mengenai perjalanan kehidupan sebagai seorang yang berpenyakit mental.

“Aku harus selalu ingat, apa jua ujian yang singgah menerpa adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaranku. Ianya adalah mungkin selama ini kerana aku terlupa. Kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat kurniaan Ilahi. Maka dengan itu, datanglah sedikit ujian untuk menguji tahap keimanan kita. Apabila kita di dalam kesusahan akan terasalah seperti hidup ini terlalu payah dan berbagai persoalan datang menerjah, lalu barulah meminta petunjuk serta hidayah daripada Allah SWT.

Apa yang aku sering lupa adalah untuk tidak berputus asa. Dengan tidak berputus asa kita akan berasa ada rahmat yang tersembunyi di sebalik ujian yang datang. Rahmat yang mungkin kita tidak ketahui dan sedari. Untuk itu, dalam meneruskan untuk mencari mardhatillah (redho Allah), teruslah berdoa pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. – Raja Azliza”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)