Meniti Masa Berbaki

ISBN: 9789673884520
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sungguh ... Meniti Masa Berbaki ibarat berhenti sejenak di simpang empat, menanti lampu merah bertukar hijau dan diteruskan perjalanan ke destinasi. Jarang benar kita terpaksa menunggu dua kali di persimpangan yang sama pada detik yang sama kecuali trafik begitu sibuk sekali. Barangkali perjalanan ini merupakan perjalanan terakhir. Ia terhenti apabila tiba satu detik, denyut nadi terhenti dan kita dikapankan untuk berhijrah menuju alam kubur. Kemudian kita dibangkitkan, menghadap Allah SWT dan dizinkan terus memasuki syurga tanpa dihisab. Ia impian tanpa pilihan. Tiada siapa yang mahu menunggu lama dan akhirnya dihumban ke neraka yang panas membara.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
25%
(1)
75%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
Mia
Meniti Masa Berbaki

Penghijrahan yang abadi adalah alam kubur.Cukupkah amalan kita untuk di bawa ke sana nanti.Syurga adalah tempat yang di idamkan semua umat islam.Perlengkapkanlah diri kita ke tempat yang abadi.
Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan di samping mendalami serta memperbaiki mana yang kurang.

M
Mia
Meniti Masa Berbaki

Penghijrahan yang abadi adalah alam kubur.Cukupkah amalan kita untuk di bawa ke sana nanti.Syurga adalah tempat yang di idamkan semua umat islam.Perlengkapkanlah diri kita ke tempat yang abadi.
Buku ini sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan di samping mendalami serta memperbaiki mana yang kurang.

s
sitinurkhadijahjaafar
Meniti Masa Berbaki

Sebuah buku yang mengisahkan tentang pengalaman penulis yang telah menghadapi pahit manis ujian kehidupan. Ayat ayat yang ditulis memang menyentuh hati dan perasaan kerana ia menyentuh tentang seberapa lama Masa yang ada di dunia ini. Buku yang mengingatkan tentang siapa Kita di dunia yang fana ini.

S
Sofi Zul
Recommended

Buku ini membuatkan saya sedar yang kita tidak lama didunia ini, Apabila sampai masanya, denyut nadi kita akan terhenti, kita akan berhijrah ke alam kubur. Kemudian kita dibangkitkan menghadap Allah S.W.T. Adakah kita akan diizinkan untuk terus memasuki syurga tanpa apa-apa hisab ? Itulah sepatutnya impian kita tanpa pilihan lain. Tiada siapa yang mahu menunggu lama dan akhirnya dihumban ke neraka.

Mungkin saya agak muda untuk menulis review ini jika dibandingkan dengan orang yang berusia 60-an. Pengalaman, dan pahit manis kehidupan pasti memberikan pandangan yang lebih autentik, lebih menghargai atau terkenang (jika yang tersayang telah meninggal dunia) dan anak-anak serta sanak saudara tersayang.

Buku ini membantu saya berfikir, dengan masa berbaki yang semakin suntuk. Persoalan,"Mampukah aku ke sana (Firdaus)..." muncul secara semula jadi.

Ia terdetik begitu ketika hati saya merenung dan bertenang menatap isu-isu yang dikemukakan dalam buku ini. Hampir kesemuanya sudah ada dalam pemikiran tetapi dilupakan kerana kesibukan dunia.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghayati buku ini. Sungguh...ia sangat berbaloi.

Mungkin benar mungkin tidak, buku ini sebenarnya untuk mereka yang melintasi sempadan 1/2 abad. Belilah atau hadiahkanlah kepada ibu bapa yang bakal meninggalkan kita semua. Itu pun jika mereka masih ada bersama.

Untuk anak muda, bacalah kerana kita juga bakal menghadapi saat-saat tersebut.

Antara yang dikongsikan:
1) Jika cahaya lilin mahu dilihat sebagai tanda iktibar, setelah setiap satu lilin ditiup, apa yang tinggal ? Jika setiap batang lilin dianggap tanda usia, apa maknanya apabila setiap satu cahaya terpadam apabila hembusan kuat tertumpu pada sumbunya ? Masihkah kita mahu bertepuk tangan dan tertawa ? - Bab 8 (Impian Ulang Tahun)