Menjaring Mimpi
Author: Izzah Joelati
ISBN: 9789833669264
Checking local availability
Title
RM18.90
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 546
Tuah datang bergolek, tidak disangka-sangka Izyan yang masih menuntut di UPSI telah diamanahkan menguruskan perniagaan teman lelakinya, Amir. Amir telah meninggal dunia akibat kanser. Keluarga Amir tidak berpuas hati dengan pembahagian harta-harta itu dan mereka mahu menguruskan sendiri. Izyan menghadapi dilema. Ah Heng, kawan karib Amir telah membantu Izyan dalam menguruskan perniagaan Amir. Perhubungan mereka semakin hari semakin akrab dan timbullah bibit-bibit cinta di hati masing-masing. Namun Izyan tidak mudah melatah, dia harus berhati-hati dalam memilih teman hidup. Faizal, sepupu Izyan juga menaruh minat secara diam-diam pada Izyan atas keikhlasan Izyan tinggal bersama emaknya di kampung. Gelak ketawa dan gurau senda Izyan membuatkan Mak Ngah Tipah menaruh harapan supaya anaknya Faizal mengambil Izyan sebagai isteri. Cikgu Kamal, guru yang mengajar Izyan semasa di sekolah menengah dulu juga menaruh hati pada Izyan. Dia telah menaruh harapan untuk menyunting Izyan suatu hari nanti. Cikgu Kamal telah jatuh cinta dengan Izyan sejak kali pertama berjumpa Izyan kira-kira empat tahun dahulu. Dalam Izyan menghadapi pelbagai dilema, tiba-tiba dia dikejutkan dengan tingkap laku Datin Hidayah. Tanpa diduga mamanya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Izyan begitu kecewa dan terus melarikan diri. Kemana Izyan melarikan diri? Bagaimana pula cinta Ah Heng dan Cikgu Kamal terhadapnya? Bagaimana dengan Faizal yang menaruh hati padanya? Apakah tindakan Datin Hidayah bila rahsianya diketahui oleh anak gadisnya sendiri?