Menjejak Ronin di Istana Ako
Author: Juzafar Adik
ISBN: 9789671396544
Checking local availability
Title
RM20.00
Publisher,Kopi Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Pengembaraan menjejak beberapa istana lama yang sudah ditinggalkan sekitar sebahagian kecil kawasan Pulau Honshu ini diambil dari diari sebenar yang ditulis oleh penulis semasa dalam perjalanan menjejakinya. Belum lagi rasanya kisah-kisah kembara yang ada di kaca televisyen kalian, atau di halaman muka surat dalam buku kalian yang mengajak pembaca menjejaki istana lama Jepun berserta kisah sejarahnya yang agak berlainan dengan kebudayaan juga senibina istana di Malaysia.
Penulis mengajak rakyat Malaysia melihat dunia dengan cara berbeza. Kita selalu melihat atau membaca kisah pengembaraan ke tempat-tempat yang dipenuhi manusia, hingar bingar teknologi moden, restoran-restoran terpilih dengan hidangan sepenuh meja, tempat-tempat popular, gedung-gedung indah raksaksa syurga membeli-belah, hotel-hotel tersergam penuh keselesaan bersulam keenakkan makanan yang tiada tandingan. Kita terlupa bahawa segalanya ini bersifat ‘BAHARU’ yakni tidak kekal selamanya. Salah satu buktinya adalah apabila beliau menemui binaan istana lama yang tersergam indah itu. walau beratus tahun utuh menghadapi cuaca dan kemodenan dunia, namun tetap berakhir sunyi dan sepi, tiada lagi hingar-bingar kemajuan teknologi yang semakin menggila. Tiada lagi keselesaan dan keenakkan hidangan istana yang dahulu megah tanpa bicara. Segalanya ditinggal seolah-olah tidak pernah ada manusia yang mengecap kemakmurannya. Kerana itu penulis mahu mengajak kalian melihat bahawa sehebat manapun segala kemewahan yang kita miliki ini tidak selamanya kekal sampai akhirat.
Mengapa istana lama Jepun? Pada penulis, di istana inilah terletaknya keberanian dan kesetiaan. Kerjasama dan kerelaan untuk berkorban. Kebijaksanaan dan semangat bertahan demi tanah sendiri yang semakin jarang kita dapati dalam dunia masa kini. Melihat kekuatan dan kelemahan serangan dan pertahanan, mendengar cerita unik yang terbungkus dalam kantung sejarah silam Jepun membuatkan aku menilai diriku sendiri tentang jati diriku untuk tanah air. Menilai apa perjuanganku yang telah aku laksanakan supaya tanah airku ini dapat dikecapi nikmat keamanan dan kemakmurannya oleh pewaris bangsa Malaysia yang akan datang.