Menjemput Sakaratul Maut Bersama Rasulullah

ISBN: 9789671243459
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Green Dome Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Demam Rasulullah semakin bertambah sehingga Baginda pengsan beberapa kali. Rasulullah kelihatan begitu tenat sehingga suatu hari Fatimah berkata kepada baginda " Wahai ayahku, ayah kelihatan begitu tenat." Rasulullah menjawab "Selepas hari ini ayahmu tidak akan menanggung sakit lagi". Ini bermakna Rasulullah akan berpindah dari alam ini ke alam abadi yang bahagia iaitu syurga. Rasulullah menghabiskan malamnya dengan tenang dan tenteram kerana demamnya semakin surut. Baginda berupaya berjemaah di masjid dengan keadaan kepalanya berbalut sambil dipapah oleh Ali bin Abi Talib dan Ghadl bin Abbas. Pada waktu itu Abu Bakar sedang bersedia untuk solat bersama para sahabat lain. Apabila mereka melihat Rasulullah masuk ke dalam masjid, mereka sangat gembira sehingga hampir terlupa pada solat mereka. Baginda segera memberi isyarat supaya mereka meneruskan solat mereka.

Selepas selesai solat, Rasulullah berkhutbah dengan suara lantang, sehingga kedengaran di luar masjid berkenaan. Dalam khutbahnya baginda bersabda:

" Wahai manusia, api sudah menyala dan fitnah sudah datang seperti waktu malam yang gelap. Tidak ada harta yang aku tinggalkan untuk kalian. Aku tidak menghalalkan sesuatu pun kecuali yang telah dihalalkan oleh AL-Quran dan aku tidak mengharamkan sesuatu pun kecuali apa yang telah diharamkan oleh Al-Quran. Allah akan melaknati kaum yang menjadikan kubur sebagai masjid"

Sekiranya seorang kekasih ALLAH, iaitu Rasulullah tetap berasa kesakitan ketika menghadapi sakaratul maut, bagaimana pula dengan kita yang hanya manusia biasa ini?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)