Mentua Aku Sporting
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Disebabkan dendam, hidup Hannah Sofia terhimpit. Siapa sangka, seorang lelaki yang dipanggil papa sanggup menjual dirinya hanya disebabkan dendam. Dendam Hanif kepada sepupunya, Rayyan pula memerangkap Hannah Sofia kepada sebuah perkahwinan yang tidak dirancang. Status Hannah Sofia yang meragukan membuatkan Rayyan menganggap gadis itu yang telah memerangkap dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rayyan. Lalu Rayyan melayan Hannah Sofia dengan buruk.
Namun Hannah Sofia beruntung kerana mempunyai ibu mentua yang cukup sporting. Dia tidak pernah memandang kisah silam menantunya itu. Sebaliknya dia memberi sepenuh sokongan untuk mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga anak dan menantunya itu. Dia jugalah yang menjadi 'mastermind' dalam setiap projek untuk memikat hati Rayyan. Dan tatkala baru sahaja Hannah Sofia mahu mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangganya, kedua-dua lelaki itu datang semula dalam hidupnya untuk melunaskan kembali dendam mereka sehingga hampir mengorbankan rumah tangganya.
Dapatkah Hannah Sofia mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangganya? Bagaimanakah Hannah Sofia dapat menyelamatkan diri daripada dendam papanya?