Menu Kesihatan 30 Hari Untuk Mencegah dan Mengatasi Gout
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Di dalam tubuh manusia pasti terdapat penyakit gout. Penyakit ini merupakan hasil akhir metabolism purin. Kewujudan gout di dalam tubuh manusia pada asalnya bukan merupakan suatu masalah. Namun demikian, keadaan ini boleh menakutkan apabila kadar gout dalam darah meningkat. Mengapa kadar gout dalam darah boleh meningkat sehingga melebihi batas normal? Terdapat beberapa penyebabnya iaitu wujudnya peningkatan penghasilan gout secara semula jadi akibat fungsi tubuh yang menurun, pembuangan melalui ginjal yang bermasalah atau memakan makanan yang mengandungi purin yang berlebihan.
Mengatur pola makanan yang sihat dan bergizi seimbang merupakan cara paling tepat untuk mncegah dan mengatasi penyakit gout. Ini berikutan, salah satu pencetus penyakit ini adalah kadar pengambilan makanan. Justeru itu, buku ini pasti akan membantu anda menyusun menu sehari-hari yang sihat dan bermanfaat untuk mencegah dan mengatasi penyakit ini. Penyusunan menu disajikan lengkap dengan resipi-resipi makan pagi, petang dan malam. Selain itu, turut dicadangkan juga tentang pelbagai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diambil serta pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mencegah dan mengatasi penyakit ini.