Menulis Atas Pasir: Himpunan Kisah-Kisah Teladan
Publisher,Green Dome
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Di sekitar kita terlalu banyak kisah yang berlaku. Kisah-kisah itu adalah teladan bagi dijadikan iktibar dalam menjalani kehidupan kita seharian. Cerita-cerita dalam buku ini diselenggarakan sebagai pedoman dan teladan untuk para pembaca. Kita perlu sedar ada ketikanya Allah swt berikan satu musibah kecil ke atas kita kerana menghalang musibah yang lebih besar. Tiada siapa yang tidak melakukan dosa. Oleh itu Allah turunkan sedikit ujian bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya.
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja kepada mereka yang ditimpa musibah tetapi juga kepada seluruh umat manusia. Tiada siapa yang dapat lari daripada ujian Allah swt ini. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa mampu tenang sewaktu berlakunya ujian. Setiap dugaan yang Allah berikan adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan olehNya peringatan agar kita cepat tersedar dan kembali ke pangkal jalan.
Semoga buku ini dapat dibaca, diteladani, serta dihayati dalam usaha kita mencari keredhaan Allah swt. Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah,kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.