Menunggu Sempurna (9789638220309)
Publisher,Fajar Fakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sukar menerima hakikat bahawa dirinya menjadi mangsa kerakusan lelaki, Nur Zara membawa diri ke Rumah Raudhah. Impian cinta alam persekolahan tidak kesampaian apabila Hanafi mengundur diri. Separuh nyawanya terasa melayang. Dia sedar, dirinya tak mungkin menjadi wanita sempurna.
Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagaikan angin lalu yang mendamaikan menyapa hati Zara tatkala membaca nota-nota yang ditinggalkan di keretanya. Namun, perasaan itu seboleh mungkin cuba diabaikan kerana diburu igauan ngeri masa silam.
Kemunculan Zharif memang tidak terduga. Baik Zara mahu pun Zharif, tidak pernah bersemuka. Namun, nota-nota kecil telah mendekatkan mereka.
Saya sukakan awak. Serius! - ZHARIF
Awak betul-betul dah sedia untuk terima cabaran dengan kisah silam saya? – ZARA
Zharif menerima Zara seadanya. Sungguhpun begitu, kebahagiaan itu hanya sementara. Di kala kasih baru berputik, Hanafi kembali menagih kasih Zara. Bencana yang menimpa Zara merupakan berita yang amat menggembirakan Hanafi.
Sayang, takdir ada caranya yang tersendiri. Siapalah kita untuk menidakkannya?- ZHARIF
Tidak mudah hati Zara untuk berubah dan beralih arah. Dia sedar kisah kelam yang direka Hanafi harus dipadam. Bangkitlah Zara, lupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan. Kembalilah kepada semangat dan izinkan kebahagiaan itu menjadi hakiki.
Kesilapan masa lalu bukan bererti hidup sudah malap dan tercemar. Hakikatnya ada sesuatu di masa depan yang pasti akan mengubati kisah duka masa silamnya