Menyayangimu
Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 507
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Menyayangimu sampai habis waktu Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.
Jadi apabila Inara telah menconteng arang ke muka mama, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara?
Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu.
Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana?
Iman membantah keras cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila.
"Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar.”
Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu
Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu?
Gila. Ini kegilaan nombor dua!
"Kadang-kadang, Iman... Apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran." - Hadrian
Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu per satu. Dan setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian.
Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara. "Awak masih berfikir tentang dia?" - Iman "Ya. Setiap detik." - Hadrian