Mereka
Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.
Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya.
“Ada orang kat dalam ke?” Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.
“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?”
Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.
“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…”
“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”
Ah, ni sial.
Sebuah novel genre seram-fantasi. Jalan cerita yang menarik, penulis berjaya membuat emosi pembaca berdebar-debar. Dengan kewujudan watak watak yang menyeramkan, memang menuntut imaginasi pembaca untuk memahami jalan cerita.
Penceritaan yang penuh plot twist ketika lapan orang sekawan berkhemah di sebuah hutan. Nilai persahabatan yang terpaksa dikorbankan demi meraih sesuatu yang lebih dicintai.
Penceritaan yang penuh plot twist ketika lapan orang sekawan berkhemah di sebuah hutan. Nilai persahabatan yang terpaksa dikorbankan demi meraih sesuatu yang lebih dicintai.
Sebuah novel fixi yang mengisahkan sekumpulan kawan yang berjumpa setelah 5 tahun tamat daripada belajar. Kemudian terjadi sesuatu yang tidak disangka. Memang meremang baca buku ini. Jalan cerita yang menarik. Best.