Merentas Gerhana
Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kampung Pasak Tembaga tiba-tiba menjadi hangat. Kematian wakil rakyatnya mencetuskan pelbagai peristiwa. Para oportunis mula menyusun langkah dan tipu helah untuk bergelar Yang Berhormat. Para penduduk kampung berharap untuk mendapatkan ganti wakil rakyat yang sebaik arwah Haji Lajiman. Para pemuka PARKITA mula menyusun strategi. Kerusi Pasak Tembaga harus kekal diterajui mereka. Manakala seteru politik utama mereka, Parti Ikhwan memasang tekad untuk merampas Pasak Tembaga.
Tanpa diduga, PARKITA mengemukakan calon yang tidak disukai akar umbi. Lantaran itu, Junaidi diangkat oleh orang-orang kuat PARKITA Pasak Tembaga untuk beradu di gelanggang pilihan raya kecil sebagai calon bebas. Penduduk Pasak Tembaga yang selama ini sudah terpecah kepada dua kelompok fahaman politik, kini berpecah menjadi tiga pula.
Lewat Merentas Gerhana, Norhisham Mustaffa mengangkat tema politik yang dimainkan orang-orang Melayu. Suatu karya yang dekat dengan orang-orang Melayu, menikam di sebalik kata, bersilat antara kalimat, tetapi dihulurkan dengan nilai-nilai estetika sebuah karya sastera.