Meski Rumah Runtuh Aku Tetap Tumbuh
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Mengapa kita perlu merasa bersalah setiap kali berkata “tidak”, walaupun diri sendiri sebenarnya sudah terlalu penat?
Kita mungkin sudah dewasa, mampu mengurus hidup dan membuat keputusan sendiri. Namun apabila berdepan dengan keluarga, kita kembali menjadi anak yang memilih diam, mengalah dan menyimpan perasaan supaya tiada sesiapa berkecil hati.
Melalui kisah kehidupan, kajian psikologi dan renungan tentang sabar, buku ini mengajak kita memahami bagaimana pengalaman membesar di rumah masih mempengaruhi hubungan kita hingga ke hari ini. Dari situ, kita belajar menyatakan keperluan, menetapkan sempadan dan menyayangi keluarga tanpa perlu sentiasa mengetepikan diri sendiri.
Kita tidak dapat mengulang zaman kecil, tapi untuk menentukan bagaimana mahu menjalani hidup selepasnya, semua ini di tangan kita sendiri. Bukan orang lain.
Meski rumah runtuh, kita tetap tumbuh.