Metafora Suci dari Langit: Perumpamaan Allah untuk Orang Beriman dalam Al-Quran
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Al-Quran adalah silibus yang diturunkan ALLAH sebagai panduan kepada manusia mencari jalan pulang ke tanah air kita, SYURGA. Kerana itu, Kalam ALLAH ini untuk difahami dan diamalkan bukan sekadar dibaca dan dilagukan. Bagi memudahkan kefahaman al-Quran, ALLAH menggunakan pelbagai kaedah antaranya menggunakan metafora atau perumpamaan. Terdapat pelbagai perumpamaan yang ALLAH datangkan dalam al-Quran bagi membantu manusia memahami kehendak ALLAH. Mengkaji perumpamaan-perumpamaan dalam al-Quran, saya dapati ia banyak berkaitan isu-isu ghaib dan tauhid yang sukar difahami oleh manusia. Lalu membandingkan isu-isu ini dengan benda atau peristiwa yang biasa berlaku di sekeliling manusia memudahkan pemahaman mereka. Manusia dengan akal mereka yang lemah tidak dapat membayangkan berapa banyak ALLAH melipatgandakan infak yang baik. Lalu ALLAH mengumpamakannya seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai mempunyai seratus biji bijian. Manusia tidak dapat membuktikan sifat sementara dunia ini dan kewujudan akhirat. Dan ALLAH menggambarkan keindahan kehidupan dunia ini seperti kebun yang subur, tetapi kemudian dimusnahkan dalam sekelip mata. Membaca dan mengkaji semua metafora yang terdapat dalam al-Quran, pembaca pasti mengubah pandangan mereka mengenai dunia dan akhirat.