Milik Megat Zill Qayyum

ISBN: 9786299948551
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Megat Zill Qayyum Bin Megat Zahran... Dia lelaki yang sangat sempurna, tiada cacat cela walau pun sedikit. Menjadi dambaan setiap wanita. Kerana kesempurnaan yang dimiliki, dia juga mahukan wanita yang sempurna untuk menjadi pendamping dan pelengkap hidupnya. Pemilik dan jurulatih pusat gym, pemilik kelab equestrian dan ketua kelab motor berkuasa tinggi. Dia lelaki yang setia pada cinta. Hanya Sharifah Amanda satu-satunya wanita yang dicintai.

Diandra Maleeqa, gadis sederhana. Berperwatakan biasa dan tidak pandai bergaya macam gadis lain. Hidup tidak pernah aman dek kerana hutang ayahnya yang sudah menjangkau puluhan ribu dengan ah long. Puteri Zahara, adik kepada Megat Zill adalah sahabat baiknya ketika belajar di universiti. Sewaktu pertama kali melihat Megat Zill dua tahun yang lalu, dia jatuh suka dengan lelaki itu dalam diam. Namun lelaki itu langsung tidak pernah berminat mahu memandangnya dan lelaki itu sering saja mencari salahnya.

Satu kejadian membuatkan mereka terikat bersama! Benci bertukar sayang namun di saat kebahagiaan menjengah, rahsia silam yang disimpan kemas terbongkar.

Mampukah mereka mempertahankan cinta mereka atau melepaskan segala-gala yang menyakitkan demi kebahagiaan yang diimpi?