Minah Cengey Hati Tisu
Author: Aifa Batrisya
ISBN: 9789674690229
Checking local availability
Title
RM24.00
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 557
Naurah Tihani a.k.a minah cengey berpegang dengan dua prinsip dalam hidupnya. Pertama, tidak ada kawan baik perempuan dan kedua, tidak akan berkahwin dengan kawan baik lelakinya. Persahabatan selama lapan tahun dengan Naurah Tihani membuatkan Dayyan Hawari terlanjur menyayangi gadis itu. Namun, Naurah Tihani teguh dengan prinsipnya.
Cengeynya selama ini rupa-rupanya kerana penyakit. Penyakit yang mendesaknya supaya segera berkahwin. Hidupnya mula huru-hara memikirkan soal jodoh. Namun, kepulangan umi dan walidnya dari Mekah membawa perkhabaran gembira yang Naurah Tihani bakal dijodohkan dengan anak kawan mereka.
Kerana sikap tak ambil peduli siapa jodoh pilihan umi dan walidnya, prinsipnya yang kedua hampir roboh tatkala Hani merasakan Boy dan Hawari adalah orang yang sama. Tapi, Hani bertekad tidak mahu mengenali bakal suaminya sebelum hari akad nikah walau apapun yang terjadi.
“I rasa ada silap faham di sini. Ya. I mengaku yang I memang akan berkahwin tak lama lagi. Tapi bukan dengan Hani.” - Dayyan Hawari
Kenyataan itu seperti melukakan hati Hani ketika mula terdetik rasa sayang kepada Hawari kerana salah sangka. Hawari bakal berkahwin dengan pilihan keluarganya. Lantas, Hani isytihar perang dengan Hawari.
“Awak terima saya bersebab, kan? Awak kahwin dengan saya sebab awak rasa bersalah pada saya. Betul tak?- Naurah Tihani
Curiga kepada suami sendiri kerana masa silam membawa kepada satu jawapan.
“Sebenarnya, saya dah lama cari awak, Hani.”- Boy
Hani membawa diri akibat salah faham. Pada saat ujian melanda, hatinya menjadi seperti tisu yang dicelup air. Lembik.
“The best relationships start off as a friendship first.”- Dayyan Hawari
Masihkah tersimpan rasa sayang Hawari kepada Hani? Adakah Hawari dan Hani akan selamanya bersahabat? Siapakah pula Boy yang sebenarnya? Berjayakah Hani mempertahankan rumah tangganya?