Minggu Pertama di Alam Kubur: "Setelah Beberapa Langkah Meninggalkan Mayat, Roh Ditiup Kembali Ke Jasadnya, Datanglah Dua Malaikat Munkar dan Nakir Bertanya Tentang Amalan Si Mayat"
Publisher,Yamani Angle
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Barzakh bererti pemisah atau sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.
Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat bagi hamba yang soleh dan mukadimah azab bagi hamba yang toleh sudah ketara dan dirasai.
Di sinilah manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di padang Mahsyar
Saya baca buku ni semasa di dalam wad. MasyaAllah sangat menginsafkan saya. Saya tak sabar nak keluar wad dengan jiwa yang baru yang menginsafi bahawa sesungguhnya segalanya dalam hidup ini hanya satu cubaan dan permainan dunia. Destinasi utama adalah alam akhirat. Di mana pengakhiran kita.