Misi Solat 5 Waktu: Diari Solat Imran

ISBN: 9789674119867
Checking local availability
RM6.90
Product Details

Publisher,Komik-M
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,

Seumur hidup saya, saya hanya bersolat tidak sampai tiga kali. Kali pertama, adalah semasa solat Hari Raya Aidilifitri pada dua tahun lalu. Kali kedua, solat Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Ketiga, solat jenazah nenek saya beberapa bulan lalu. :'(

Sebelum ini, emak dan abah tidak pernah kisah saya solat ataupun tidak. Ustaz dan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam sebelum ini pun tidak pernah kisah. Abang dan kakak saya pun tidak kisah kerana mereka juga tidak solat seperti saya. Tetapi, tiba-tiba sahaja Ustaz Azhar mahu ambil kisah. Aduhai.... :(

Sebab itulah buku conteng ini wujud. Saya mahu belajar solat, dan semua perkara berkenaan solat akan saya muatkan di sini. Saya hanya ada masa selama seminggu sebelum tibanya ujian amali solat. Walau apa caranya sekalipun, saya perlu pandai bersolat sebelum tiba waktu itu. Saya sanggup lakukan apa sahaja (kecuali menyentuh lipas) asalkan saya tidak dirotan oleh Ustaz Azhar! Serius!

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nurul farezza
Misi Solat 5 Waktu: Diari Solat Imran

Sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Info-info penting berkaitan solat telah disampaikan secara visual, bersahaja dan mudah.

F
Fizah
Misi Solat 5 Waktu: Diari Solat Imran

Sebuah buku yang memberi pendedahan ringkas tentang solat 5 waktu. Sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Info-info penting berkaitan solat telah disampaikan secara visual, bersahaja dan mudah. Lukisan-lukisan komik yang comel menjadikan ia buku informasi yang kreatif. Bagi saya ia satu pendekatan yang sangat bijak bagi menarik minat kanak-kanak dan golongan remaja untuk belajar solat. Ibubapa wajib beli buku ini.