Misi Terlajak Cinta
Author: Mytun Abdullah
ISBN: 9789674690243
Checking local availability
Title
RM32.00
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages,
Misi: Misi balas budi
Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet
Umur: 28 Tahun
Jantina: Lelaki
Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula
Kronologi kes:
Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang' kepada seseorang. Hutang duit dia mampu bayar, tapi hutang budi dan nyawa? Memang dia kenang sampai mati.
“Kerana budi, bertukar nyawa pun saya sanggup...” - Teja Iman.
Tapi, misi yang dirancang tak semudah macam makan kuaci. Memang haru biru jadinya apabila interior designer seperti dia yang sah-sah buta ilmu perubatan nak jadi pembantu fisioterapi. Untuk berhadapan dengan Uqail Wasim, hati seorang Teja Iman kena kebal, kuat dan padu. Telinga kena kalis peluru setiap kali ‘ditembak'. Kena sentiasa positif walaupun ada ketika dia rasa macam nak cekik diri sendiri. Mental tak boleh calar. Jiwa kena 200% kental! Nak pula berhadapan dengan mummy Uqail yang kerek tahap jingga.
“Ni hah! Apa pasal kau tak bawa baldi aje? Kan senang! Boleh aku berenang terus!” - Uqail Wasim
Misinya mula goyang apabila adik si target tiba-tiba muncul pula. Kononnya nak menuntut cinta yang terputus di tengah jalan suatu ketika dulu. Serius buat Teja rasa nak sewel.
“Walau apa pun terjadi, I won't let you go. Never! Teja! You adalah milik I selama-lamanya! Sekali I sayang, I akan sayang sampai mati!” - Uqasyah Wajdi