Miss Ducati

ISBN: 9789672803058
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati.

Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan.

Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.

“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.

“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.

“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.

“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala rahsia dapat dirungkaikan. Biar Rania Nabila selamat di dalam pelukannya.

Perkahwinan yang sarat dengan kasih sayang, bersulam indah dengan cinta tiba-tiba diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali.

Dan sekali lagi Nabila terpaksa lari. Sekali lagi dia pergi membawa diri.

Apa yang Luqman lakukan apabila isterinya menghilang? Adakah dia akan akur dengan permintaan ibu kesayangannya supaya menceraikan Nabila? Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang malang itu.

Dan siapa sebenarnya Ahmad Adwa yang tak pernah senang melihat Nabila hidup bahagia?

Customer Reviews

Based on 4 reviews
75%
(3)
25%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
J
Jane
Recommended

Kisah seorang perempuan yang digelar Miss Ducati bernama Rania Nabila yang mempunyai sejarah yang sukar untuk dilupakan. Kemunculan Amir yang begitu bersungguh2 menambat hati Nabila yang akhirnya berjaya memperisterikannya. Bagai badai melanda perkahwinan mereka kehadiran Adwa telah menganggu kehidupan Nabila. Tidak cukup masalah disitu ibu mertua Nabila pula mencampuri urusan masalah rumahtangga mereka yang mahukan Nabila diceraikan. Kasihan Nabila kenapa dia dan Amir diberi ujian yang begitu berat untuk terus bahagia.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan. Sebuah kisah percintaan dan perkahwinan antara Rania Nabila bersama Amir Luqman yang melalui pelbagai konflik untuk bersama.

b
biey
Terbaik!

Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan. Sebuah kisah percintaan dan perkahwinan antara Rania Nabila bersama Amir Luqman yang melalui pelbagai konflik untuk bersama.

s
sitinurkhadijahjaafar
Miss Ducati

Sebuah novel yang mengisahkan seorang wanita bernama Rania Nabila bersama seorang lelaki bernama Amir Luqman. Jalan cerita yang ditampilkan menarik walaupun watak hero akhirnya mengejar watak heroin. Di sini boleh nampak watak luqman ni yang sangat cintakan Nabila walaupun mereka terpisah selama dua tahun. Overall memang best.