Miss You Mr. Arrogant (Love You, Mr. Arrogant #2)

ISBN: 9789670246888
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kisah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE...lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

"Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?" - IRHAM
"Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?" - ZAARA
"Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak." - IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang Mr. Arrogant menjadi Mr. Gentleman. Ya, dia nekad!

"Bunga tadi awak yang hantar?" - ZAARA
"Of course." - IRHAM
"Awak mister arrogant, bukan mister gentleman." - ZAARA
"Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrrogant lagi." - IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kisah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada Mr. Arrogant!

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)