MISTERI 3 MASJID - MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID

ISBN: 9789674391294
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,AL-HIDAYAH PUBLISHER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 185

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: `Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali( pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang betikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjid an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari.)Nabi SAW menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah ini. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan solat sebanyak-banyaknya di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda. Tidak semua kita mendapat peluang untuk menziarahi tempat-tempat ini, malah yang mengunjunginya pula tidak semua tahu akan sejarah dan kelebihan yang ada padanya. Justeru, buku ini amat bermanfaat yang padat dengan penerangan daripada ayat Al-Quran, Hadis, sejarah silam dan moden, pelbagai bacaan doa-doa yang berkaitan, amalan serta fadilat yang ada pada tempat-tempat di sekitarnya, serta dilengkapi dengan gambar dan rajah. Membaca buku ini akan membawa pembaca merasai kemanisan mengunjungi 3 tempat suci Islam dan meningkatkan rasa rindu untuk menziarahinya. Buku ini umpama ensiklopedia yang padat dengan maklumat tetapi santai untuk bacaan semua golongan dan usia.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)