Misteri Al-Masih Ad-Dajjal

ISBN: 9789672278382
Checking local availability
RM38.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Records Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Dunia sekarang ini sedang bergolak dengan pelbagai kemelut. Penyakit sosial , pepecahan dalam masyarakat , pertumpahan darah melibatkan negara islam dan negara terkenal, peperangan , kerosakan di bidang fikiran, fahaman serta ideologi, pemujaan, sihir dan lain - lain lagi telah menyebabkan dunia menjadi huru - hara. Krisis bidang ekonomi, kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang dan sistem perbankan riba telah menyebabkan manusia diserang pelbagai penyakit kerana pening dan stress.

Di sebalik semua gejala yang terjadi , kita lupa, alpa dan terlepas pandang . Apakah itu? Atau apakah "Dia"? Semua kemelut yang terjadi sekarang ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bumbag kalau-kalau umatnya terpengaruh dengan fitnah yang dibawa "Dia". Ramai dikalangan umat Islam sendiri tidak tahu dan sedar siapakah "Dia", tokoh yang merbahaya. "Dia" ialah DAJJAL.

DAJJAL yang bakal muncul di penguhujung umur dunia untuk menghuru-harakan dunia ini. Buku ini mendedahkan bukti-bukti kewujudan Dajjal yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW; diisyarat dalam Al-Quran secara simbolik dan diperjelaskan bukti kewujudan Dajjal dalam hadis sifat-sifatnya secara terperinci termasuk fitnah dan pembohongan yang dibawa dalam pelbagai bidang kehidupan . Ramai di kalangan manusia , termasuk orang Islam terperangkap dan terikut-ikut dengan Dajjal serta mudah terkena sihir Dajjal. Di penghujung buku ini dikongsikan tips dan panduan cara mana untuk selamat daripada fitnah dan Dajjal serta menangkis "Sihir Dajjal".

Customer Reviews

Based on 8 reviews
88%
(7)
13%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
F
Feerah
PANDUAN DAN TIPS MENANGKIS FITNAH AD-DAJJAL

Buku yang padat menceritakan apa itu Al-Masih Ad-Dajjal. Diceritakan akan bukti-bukti kewujudannya, dikuatkan dengan petikan ayat Al-Quran serta peringatan dari Rasulullah menenerangkan tentang sifat-sifat terperinci akan Ad-Dajjal. Diakhirnya, penulis mengingatkan kita untuk menjauhi fitnah Ad-Dajjal serta cara untuk kita menangkis tejebak dalam fitnahnya.

J
Jie
Misteri Al-Masih Ad-Dajjal

Sudah tiba masanya untuk umat akhir zaman mengambil tahu dengan lebih teliti tentang kebangkitan dajjal dan kaum Yahudi. Musuh-musuh ini bukan saja licik, bahkan tidak pernah berputus asa menjatuhkan Islam dan Umatnya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak terkena fitnahnya.

N
Nur amira syuhada
Misteri al masih ad dajjal

Ramai tertanya2 apa itu dajjal.. Buku ni serba sedikit membantu utk mana yg nak tahu.. Buku ni memceritakan muslihat2 ad dajjal.. Adakah kita tergolong dlm ad dajjal.. Minta dijauhkan.. Semoga kita dijauhkan dari golongan ad dajjal di akhir2 zaman ni..

N
Nur amira syuhada
Misteri al masih ad dajjal

Ramai tertanya2 apa itu dajjal.. Buku ni serba sedikit membantu utk mana yg nak tahu.. Buku ni memceritakan muslihat2 ad dajjal.. Adakah kita tergolong dlm ad dajjal.. Minta dijauhkan.. Semoga kita dijauhkan dari golongan ad dajjal di akhir2 zaman ni..

A
Anna J
Misteri Al-Masih Ad-Dajjal

Pada pendapat saya buku ini padat dengan info mengenai Al-Masih Ad-Dajjal. Apakah kita sebagai manusia akhir zaman sedar akan tipu daya serta muslihat yang di bawa oleh "Dia". Jadi jom dapatkan senaskah sebab banyak tips yang di sediakan untuk selamat dari fitnah Dajjal dan yang sekutu dengannya.